JENIS SISTEM PENDAWAIAN
Sistem pendawaian di Malaysia yang berdaftar di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga terbahagi kepada dua jenis iaitu satu fasa (single phase) dan tiga fasa (three phase). Pendawaian satu fasa biasa dilihat di domestik-domestik kecil dan ia boleh dikenali di meter elektrik yang terletak di luar rumah. Pendawaian satu fasa mempunyai dua wayar iaitu wayar hidup (live) dan juga neutral. Manakala pendawaian tiga fasa pula terdapat di domestik-domestik besar dan juga kilang-kilang. Pendawaian tiga fasa mempunyai tiga wayar hidup (live) dan satu wayar neutral. Wayar hidup bagi tiga fasa terbahagi kepada tiga iaitu merah (red), kuning (yellow) dan biru (blue)
Perkara ini kerana sistem satu fasa digunakan di domestik-domestik yang kecil dan tidak memerlukan kuasa yang banyak manakala tiga fasa diginakan di domestik-domestik yang besar seperti di kilang-kilang yang memerlukan kuasa yang besar.
Ulasan
Catat Ulasan